CTU 151
Tajuk:
Sejarah Dan Kegiatan Masjid Putra,Putrajaya
Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh:
Muhammad Mahfudz Bin Hairunnizam
Student Id:2016601808
Kumpulan:RAC1202A
Program:
Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
ISI KANDUNGAN
- Abstrak
- Pendahuluan
- Pengertian Masjid
- Sejarah Penubuhan Masjid Putra
- Peranan Masjid
- Masalah
- Penyelesaian Masalah
- Lampiran
- Penutup
- Bibliografi
Abstrak
Masjid biasanya sering disebut berkenaan solat, ceramah dan
aktiviti agama yang lain. Di dalam Al-Quran juga ada menyatakan tentang
konsep masjid ini. Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, kita mestilah
mengimarahkan masjid sebagai pusat ilmu dan ibadat. Masjid adalah rumah Allah
dan menjadi tempat perhimpunan umat Islam pada masa dan waktu. Kita perlu
menjaga persekitaran masjid, bagi menjamin keselesaan ketika melakukan ibadat.
Dengan persekitaran masjid yang indah, maka ia dapat memikat saudara saudara
dari agama lain untuk memeluk Islam kerana mereka melihat Islam mementingkan
disiplin dalam hidup mereka. Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah kepada
hambanya yang melakukan ibadat dan suruhanNya di muka bumi ini, alangkah
beruntungnya kita. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah yang maha Pemurah
lagi maha Penyayang, yang memberi rahmat kepada sekalian alam semesta.
Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;
Etinya ;Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan
masjid di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan
diharumkan
( Ahmad dan Abu Daud dan Al-Tarmizi )
Sebagai
umat Islam sangat penting bagi kita untuk solat 5 kali sehari sebaik-baiknya
berjemaah dan diberi ganjaran pahala 27 kali ganda dari Allah.
Pendahuluan
Assalamualaikum w.b.t.
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya,kerja
kursus ini telah berjaya disempurnakan dengan sedaya upaya saya.Dalam
mempelajari ilmu agama di dalam mata pelajaran CTU ini,saya juga telah
mempelajari cara untuk membuat blog.Selain menjimatkan masa untuk menulis dan
menyiapkan kerja kursus ini,cara ini juga boleh menjimatkan kos untuk
mencetak,memberi kertas,dakwat pencetak dan sebagainya. Pada zaman sekarang,
manusia banyak menggunakan teknologi sebagai sumber utama dalam kehidupan
seharian, jadi dengan penggunaan artikel melalui blog ini, kita dapat berdakwah
mengikut peredaran zaman.
Dalam kerja kursus yang diberi oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz
Harjin,saya telah memilih untuk membuat artikel tentang fungsi dan peranan
masjid di tempat tinggal saya. Pada pandangan saya, artikel mengenai masjid ini
penting sebagai panduan dan artikel sejarah untuk generasi akan datang.
Pada zaman akan datang, pelbagai anasir luar akan merosakkan anak bangsa kita
terutama umat Islam. Jadi, saya berharap dengan penyediaan artikel ini, ia
dapat menarik minat remaja untuk mendekati masjid dan seterusnya beribadat
kepada Allah.
Dalam menyempurnakan kerja kursus ini,jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
imam,bilal dan nenek serta pihak lain yang banyak memebantu saya untuk
menyiapkan artikel ini. Tanpa mereka yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang
luas, mungkin saya tidak dapat menyiapkan artikel ini dengan sempurna.
Kesimpulannya,tajuk ini bukan sahaja dapat dijadikan sumber
ilmu kepada kita semua khususnya umat Islam,ia juga dapat menarik minat
golongan dari agama lain untuk mendalami agama Islam ini.
Pengertian Masjid
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus bagi umat
Islam, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan
pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat
aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, akan tetapi
bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa
pula,"masjid" bermaksud tempat sujud.Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada
mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun,
takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas
untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih
dikenali sebagai surau atau musala.
Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan
kepada beberapa pecahan iaitu:-
- Masjid Negara
- Masjid Negeri
- Masjid Daerah
- Masjid Qaryah
- Surau
DOA MASUK MASJID :
Maksudnya :
“Aku berlindung dengan Allah yang maha Agung dan dengan
wajahNya Yang mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang
direjam.Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah.Ya Allah
bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu.”
DOA KELUAR MASJID :
Maksudnya :
“Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas
Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah,
peliharalah daku dari syaitan yang di rejam.”

Maksudnya :
“Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas
Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah,
peliharalah daku dari syaitan yang di rejam.”
Sejarah Penubuhan
Masjid putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di putrajaya.Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya.Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar.Kawasan masjid bermula masuknya di pintu utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid.Manakala Dataran Putra dan souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.Akitek yang membina masjid ini iaitu Y.Bhg.Dato' Dr.Nik Mohammad Bin Mahmood dari kumpulan Senireka Sdn. Bhd.Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu.Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.Masjid ini boleh menampung kira-kira 15 ribu orang dalam satu masa.Semasa solat jemaah 5 waktu di masjid Putra,kira-kira 2 atau 3 saf iaitu lebih kurang 300 ke 350 orang jemaah.Semasa solat Jumaat,saf di dalam masjid penuh iaitu lebih kurang 6 ribu orang jemaah.Masjid itu juga mempunyai lebih kurang 20 orang security pada waktu pagi dan lebih kurang 15 orang security pada waktu malam.Manakala terdapat beberapa orang tukang cuci masjid,yang dinamakan siak masjid.Masjid ini juga menjadi tarikan pelancong-pelancong asing.para pelancong boleh datang melawat di masjid pada pukul 9 pagi hingga ke 6 petang sahaja.
1- Tan Sri Dato' Abdul Kader Bin Talib 1990 - 2001
2 - Tan Sri Dato' Shaikh Hj Ismail Bin Muhammad 2001 - 2007
DEWAN SOLAT UTAMA
PERPUSTAKAAN
AMALAN EKSA
Imam-Imam Masjid Putra Putrajaya
2 - Tan Sri Dato' Shaikh Hj Ismail Bin Muhammad 2001 - 2007
3- Tuan Haji Abd Manaf Bin Haji Mat 2007 - Sekarang
Peranan Masjid
-Peranan masjid Putra adalah bagi menjadikan Masjid Putra sebagai institusi ibadah,perkembangan ilmu dan pembangunan perpaduan ummah.Masjid putra juga berfungsi dalam merancang dan melaksanakan urusan Fardhu 'ain dan urusan Fardhu kifayah.Dalam usaha menjadikan Masjid Putra sebagai salah satu institusi yang unggul dalam segenap bidang maka pihak masjid akan memastikan solat berjemaah akan dilakukan pada setiap awal waktu,masjid akan diimarahkan dengan mengadakan program-program peningkatan ilmu diperingkat dewasa,remaja dan kanak-kanak.Selain itu,pihak pengurusan akan memastikan masjid sebagai tempat ibadah yang selesa dari segi kebersihan,keselamatan dan ketenangan jemaah.Sambutan terhadap hari-hari kebesaran islam dan kebesaran negara akan diadakan pada setiap tahun.
Kemudahan Masjid Putra,Putrajaya
AUDITORIUM
Masjid Putra dilengkapi dengan sebuah Auditorium yang boleh
memuatkan sehingga 350 orang. Ia digunakan untuk program/aktiviti anjuran
Masjid Putra sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun.Ia dibuka untuk sewaan
dengan kadar harga RM245.00 sejam atau RM1950.00 sehari (8 jam) dengan
disertakan kemudahan penghawa dingin dan peralatan P.A. System. Sebarang
pertanyaan berkaitan tempahan/sewaan kemudahan sila hubungi Cik Nur Hazwani
binti Samsudin ditalian 03-88885678.
BILIK KULIAH
Masjid Putra dilengkapi dengan dua buah Bilik Kuliah yang
boleh memuatkan sehingga 70-80 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia
digunakan untuk program-program pengajian Masjid Putra sepanjang tahun yang
berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu.
Selain itu, ia turut digunakan untuk aktiviti perbincangan secara rasmi ataupun
tidak rasmi terutamanya jika melibatkan penggunaan LCD kerana Bilik Kuliah
tersebut dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System. Ia dibuka untuk
sewaan dengan kadar harga RM65.00 sejam atau RM500.00 sehari (8 jam) dengan
disertakan kemudahan penghawa dingin, peralatan P.A. System dan
kerusi meja. Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan/sewaan kemudahan sila
hubungi Cik Nur Hazwani binti Samsudin ditalian 03-88885678.
DEWAN MAKAN

Masjid Putra dilengkapi dengan sebuah Dewan Makan yang boleh
memuatkan sehingga 250 orang. Ia digunakan untuk jamuan makan bagi
program/aktiviti anjuran di Masjid Putra.
DEWAN SOLAT UTAMA
Dewan Solat Utama Masjid Putra mempunyai ciri-ciri reka
bentuk yang ringkas dan menarik. Ia amat luas dan tidak mempunyai dinding
dalaman, sebaliknya ia mempunyai 12 tiang seri. Dewan Solat Utama yang berada
di Aras G boleh memuatkan sehingga 8,000 jemaah lelaki manakala di Aras 1 pula
boleh memuatkan sehingga 2,000 jemaah wanita dalam satu-satu masa. Selain
digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama (Aras G)
juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid Putra mahupun
agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat,
Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya yang bersesuaian dengan
konsep masjid sebagaisebuah tempat ibadah. Sebarang pertanyaan berkaitan
tempahan kemudahan sila hubungi Cik Nurhazwani binti Shamsudin atau En.
Mohd Shukri Bin Zamri ditalian 03-88885678.
PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Masjid Putra sehingga kini mempunyai sejumlah
10,193 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur daripada
kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, belia/pelajar
universiti/kolej, pegawai dan kakitangan kerajaan hinggalah kejemaah Masjid
Putra sendiri.Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan
rujukan kepada umum manakala pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan Masjid
Putra sahaja. Pinjaman hanya akan dibuka kepada umum setelah sistem
perpustakaan yang bersesuaian dan berkesan diperolehi.
Waktu operasi bagi Perpustakaan Al-Khawarizmi Masjid
Putra:
Isnin – Khamis
|
10.00 pagi – 12.00 petang
2.00 petang – 4.00 petang |
||
Jumaat
|
10.00 pagi – 12.00 tengahari
|
||
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
|
Tutup
|
Waktu operasi bagi Perpustakaan
Mini Sheikh Idris Al-Marbawi Masjid Putra:
Isnin – Ahad
|
10.00 pagi – 4.00 petang
5.00 petang – 7.00 malam 8.00 malam – 10.00 malam |
AMALAN EKSA
Logo EKSA Masjid Putra
|
- Bentuk bintang berbucu dan melambangkan agama islam.
- Bayang bentuk masjid melambangkan institusi Masjid Putra.
- Perkataan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam berbentuk bulat melambangkan kesepakatan ahli zon.
- Warna merah jambu melambangkan warna Masjid Putra.
Latarbelakang 5S Masjid Putra
|
- Arahan pelaksanaan 5S Masjid Putra berdasarkan keputusan mesyuarat pengurusan jakim bil.12/2011 yang menetapkan pensijilan amalan persekitaran berkualiti 5S sebagai kpi bahagian kemajuan islam tahun 2012. Pelaksanaan amalan 5S di Masjid Putra telah bermula pada 2 januari 2012.
Objektif Amalan EKSA Masjid Putra
|
- Membentuk persekitaran yang bersih, kemas, tersusun rapi dan selamat.
- Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti.
- Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan dengan cepat dan tepat.
- Meningkatkan semangat kerja berpasukan.
- Meningkatkan imej Masjid Putra diperingkat global.
Polisi Amalan EKSA Masjid Putra
|
- Untuk dikenali sebagai masjid yang bersih, kemas, tersusun rapi dan selamat kepada para jemaah dan pengunjung.
Visi Amalan EKSA Masjid Putra
|
- Menjadikan Masjid Putra sebagai institusi ibadah yang selesa dan menarik pelancong.
Misi Amalan EKSA Masjid Putra
|
- Memastikan pengurusan dan pengimarahan masjid yang cekap dan berkualiti.
Moto Amalan EKSA Masjid Putra
|
- EKSA lambang ketaqwaan.
Slogan Amalan EKSA Masjid Putra
|
- Persekitaran harmoni, perkhidmatan berkualiti, Allah berkati.
Masalah Yang Dihadapi
-Semua organisasi atau pengurusan di bumi Allah ini mempunyai masalah tidak kiralah besar atau kecil.Masjid juga tidak terkecuali kerana setiap masalah yang dihadapi adalah salahsatu cara untuk Allah menguji umat-Nya.Bagi Masjid Putra,masalah yang dihadapi tidaklah melibatkan dari segi kewangan kerana pengurusan bijak menguruskannya.Masalah yang dihadapi adalah dari segi tempat letak kereta yang terhad.Hal ini kerana terlalu ramai pelancong-pelancong asing yang datang melawat masjid Putra dengan menaiki bas.Hal ini akan menyebabkan ruang untuk meletak kereta menjadi terhad.
Penyelesaian Kepada Masalah Yang Dihadapi
-Pada pendapat saya,pihak masjid perlulah menambah bilangan tempat letak kereta dengan lebih banyak dengan cara mengumpul dana dan membina tempat untuk meletak kereta secara bertingkat ataupun membina tempat meletak kereta di bawah tanah (underground) seperti yang di lakukan di Masjdi Tuanku Mizan Zainal Abidin atau nama popularnya masjid besi.Hal ini akan mengurangkan had ruang untuk meletak kereta.
Lampiran
Pandangan dari hadapan
Halaman masjid
Ruang dalam masjid
Kedai Cenderahati
Seluruh kawasan masjid adalah zon wifi
Tempat mengambil wuduk
Tandas
Kerusi urut
Perpustakaan mini
Taman permainan untuk kanak-kanak
Kerusi roda untuk pengunjung
Penutup
Kesimpulannya, masjid menjadi lambang kepada
syiar Islam, masjid juga sebagai pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam,
pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam kerana di dalamnya umat Islam
dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tawaduk, dapat mengerjakan sembahyang
berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menerima nasihat dan
pengajaran demi untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di
akhirat. Sebagai umat Islam, kita mestilah beribadah kepada Allah setiap hari,
dan amat penting bagi kita untuk menjaga masjid sebagai pusat agama kita.
Sebagai muslim di muka bumi ini, kita haruslah
mengimarahkan masjid demi kesejahteraan masyarakat dan merupakan tanggungjawab
kita sebagai muslim bagi menjaga dan memulihara kesucian masjid sebagai pusat
Islam.
Sebagai umat Islam,alangkah ruginya kita hidup di dunia
tanpa persiapan untuk menuju ke alam kekal iaitu akhirat.Oleh itu,sentiasalah
kita mengetuk pintu hati ini agar terus mengingati Allah dengan melakukan
amalan kebaikan serta meninggalkan kejahatan.
Bibliografi
1) Security masjid dan maintenance masjid Putra
2) Norakma binti sabran. "Pengurusan dana Masjid Di Malaysia"
-http://www.ukm.my/hairun/kertas%20kerja/norakma%20cmief%202016.pdf
3)Laman Portal Rasmi Masjid Putra,Putrajaya
- http://www.masjidputra.gov.my/